Apakah doa yang dibaca Rasululloh Saw sebelum salam dalam solat?,
Atau anda tidak pernah berdoa ketika itu?
Atau anda tidak pernah berdoa ketika itu?
Sekiranya
anda tidak pernah mengamalkannya maka anda tersangat rugi kerana waktu itu merupakan
waktu doa yang mustajab dan merupakan amalan Nabi saw sepanjang hidupnya. Sangat
banyak doa-doa yang dibaca oleh baginda saw selepas tasyahhud dan sebelum
salam.
Berikut ini doa-doa yang di baca Nabi Muhammad Rosululloh Saw Dalam Solatnya Sebelum Beliau salam
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ
جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
،
وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال
1.Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam,
daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada
kejahatan fitnah dajjal.[Imam Muslim]
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ
الْقَبْرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ
بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ
بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
2.Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku
berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada
fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa
dan hutang.[Imam al-Bukhari]
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ
الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ
إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ
الْقَبْرِ.
3. “Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari
penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan
aku berlin-dung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.[Imam al-Bukhari]
اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى
ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.
4.“Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk
mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu.[ Abu Dawud dan
al-Nasa’ie]
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا
عَمِلْتُ ، وَمِنْ شَرِّ مَا لَمْ أَعْمَلْ
5.Ya Allah! Aku berlindung daripada kejahatan yang telah aku
lakukan, dan daripada kejahatan lakukan.[al-Nasa’i]
اللهم حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا
6.Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا
كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً
مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
7.Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku
sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah
diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun
dan Penyayang.[Imam al-Bukhari]
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ
الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ
كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ
الرَّحِيمُ
8.Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang…
Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara
dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan
Penyayang.[Imam Abu Dawud]
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا
أَخَّرْتُ ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ ، وَمَا أَسْرَفْتُ ، وَمَا أَنْتَ
أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ
إِلَّا أَنْتَ
9. Ya Allah! Ampunilah aku untuk apa yang telah aku (lakukan) di masa
lalu dan apa yang akan aku (lakukan) di masa hadapan, apa yang aku (lakukan)
secara tersembunyi dan apa yang aku (lakukan) terang-terangan, apa yang telah
aku berlebih-lebihan, dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diriku
sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah Yang Mengakhiri. Tiada yang
berhak disembah melainkan Engkau.[Imam Abu Dawud]
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ
أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ
10.“Ya Allah! Sesungguhnya aku mo-hon kepadaMu, agar dimasukkan
ke Surga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka.[ Abu Dawud]
1 comments: